Isu ‘Hot Dog’ Masih Belum Selesai

Isu penukaran nama pretzel dog oleh Auntie Anne’s terus menjadi perbualan hangat di antara netizen termasuk pemimpin politik dan agamawan.

 

Sebelum ini, heboh diperkatakan kononnya pertukaran nama itu diarah JAKIM bagi mengelak kekeliruan pengguna Islam sebelum sijil halal disahkan kepada syarikat makanan segera yang berasal dari Amerika Syarikat itu.

 

Isu tersebut mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat termasuk yang menganggap keputusan itu melihatkan pengguna Islam sebagai bodoh dan mundur seperti kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

 

“Hot dog memang orang tahu makanan barat. Ia berasal dari bahasa Inggeris. Ia sejenis makanan barat. Tolonglah jangan buat kita nampak macam bodoh dan mundur,” katanya kepada pemberita.

 

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula mendapat pujian netizen dengan menegaskan status halal atau haram sesuatu makanan adalah bukan pada nama tetapi kandungan makanan terbabit.

 

Namun Nik Abduh turut berpendapat sesebuah syarikat makanan juga perlu mengelak daripada kekeliruan apabila menamakan produk mereka.

 

“Mungkin dia bukan isu nama. Halal atau haram ini bukan pada nama, nak beri nama apa pun boleh asalkan isi dia halal.

 

“Cuma kewajipan sesebuah syarikat makanan itu adalah dia perlu mendapatkan sijil halal dan jangan bagi nama yang boleh mewujudkan kekeliruan.

 

Kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di laman Facebook beliau pula pada mulanya kedengaran sinis sebelum Asri memuat naik status baru selepas bertemu dengan Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustafa.

 

“Saya masih menunggu penjelasan yang jelas dari JAKIM. Status sebelum ini untuk menjelaskan hukum kepada muslim dan non-muslim agar tidak keliru dalam isu halal haram makanan dalam Islam,” menurut beliau dalam satu kenyataan.

 

 

Jakim turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengatakan bahawa produk tersebut tidak halal.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*