Menteri tidak perlu cari kambing hitam untuk tutup kelemahan

1.) Dakwaan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahawa polisi Kerajaan Negeri Selangor yang menyebabkan kenaikan harga rumah adalah tidak masuk akal.

2.) Harga rumah di Kuala Lumpur dan Johor adalah juga tinggi dan menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor di atas kenaikan harga rumah di Malaysia adalah seperti untuk melarikan diri dari tanggungjawab.

 

3.) Kerajaan Persekutuan tidak perlulah mencari kambing hitam (scapegoat) setelah gagal menstabilkan harga rumah.

 

4.) Pada hakikatnya rakyat Selangor berpeluang membeli rumah mampu milik atau Rumah Selangorku di antara RM42,000 ribu hingga RM250,000.

 

5.) Harga maksima Rumah Selangorku, RM250,000, adalah lebih rendah dari harga maksima yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk rumah mampu milik iaitu RM300,000.

 

6.) Maklumbalas yang diterima menunjukkan pemaju perumahan mula memberi tumpuan kepada pembinaan Rumah Selangorku apabila permintaan untuk membeli jenis rumah tersebut terus meningkat.

 

7.) Lebih 70,000 orang telah mendaftar untuk membeli Rumah Selangorku.

 

8.) Terdapat pemaju yang tidak wajib membina Rumah Selangorku tetapi telah juga memohon untuk membinanya memandangkan insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri.

 

9.) Di antaranya adalah peningkatan jumlah unit kediaman yang boleh dibina bagi setiap ekar.

 

10.) Setakat ini permohonan dari pemaju swasta untuk membina lebih kurang 22,000 unit Rumah Selangorku telah diluluskan.

 

11.) Ternyata kerajaan negeri telah berjaya mengawal harga rumah mampu milik.

 

12.) Walhal Menteri tersebut baru sahaja mengumumkan Majlis Profesor Negara (MPN) akan ditugaskan untuk mengkaji kemungkinan kerajaan Persekutuan mengawal harga rumah mampu milik.

 

13.) Ini bermakna kerajaan negeri mendahului kerajaan Persekutuan.

 

14.) Sebarang dakwaan bahawa program-program kerajaan Persekutuan seperti MyHome dan MyDeposit dapat menurunkan harga rumah belum dapat dibuktikan kerana harga rumah masih pada tahap              yang sama selepas pelaksanaan program-program itu.                                                     

 

15.) Adalah lebih baik jika kerajaan Persekutuan mengecualikan pemaju-pemaju perumahan dari membayar GST.

 

16.) Pemaju-pemaju tidak boleh mengenakan GST ke atas pembeli-pembeli rumah tetapi pemaju membayar GST untuk pelbagai perkara untuk menyiapkan projek mereka.

 

17.) Maka sudah tentu pemaju akan menaikkan harga jualan untuk menanggung GST yang telah dibayar.

 

Dato’ Iskandar Abdul Samad

Pengerusi,

Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan BandarNegeri Selangor

 

28 Oktober 2016

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*