Puak Houthi Gagal Serang Mekah

Pihak pemberontak Houthi di Yaman didakwa cuba melancarkan roket ke arah tanah suci Mekah dari jarak 500km melangkaui sempadan Negara sebelum ia berjaya digagalkan Arab Saudi. 

Namun Al Jazeera melaporkan pihak pemberontak itu dan sekutunya, Iran menafikan dengan keras akan dakwaan tersebut semalam.

 

Menurut laporan, tentera perikatan diketuai Arab Saudi berkata, peluru berpandu balistik itu berjaya “dipintas dan dimusnahkan” sebelum ia menyebabkan kecederaan kepada orang awam – kira-kira 65 kilometer dari Mekah, yang merupakan tanah suci umat Islam. 

 

Difahamkan peluru berpandu tersebut disasarkan dari Saada, Yaman, yang merupakan kubu kuat Houthi berhampiran sempadan di antara Saudi dengan negara itu.

 

Puak Houthi adalah kumpulan militan yang berfahaman Syiah zaidi yang beroperasi di utara Yaman, mereka mula memberontak dengan mengangkat senjata terhadap kerajaan negara itu sejak 2010.

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=HIPFvZ_SxuY&feature=youtu.be

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*