Ulama Hadis, Syeikh Syu’aib al-Arna’ut Meninggal Dunia

Ulama hadis terkenal Jordan, Syeikh Syu’aib al-Arna’outh yang telah mencapai umur hampir 90 tahun telsh menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaa di Amman, Jordan.

Umat Islam seluruh dunia berduka cita dengan khabar kematian Syeikh Syuaib al-Arnaut termasuklah pengguna media sosial dari kalangan agamawan termasuk para mufti di Malaysia.

 

Selain menghasilkan banyak karya, Ulama kelahiran Albania itu turut menjadi rujukan seluruh dunia dan mempunyai ribuan pelajar termasuk dari Malaysia.

 

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, “Beliau dikenali sebagai seorang ulama’ yang begitu komited dengan ilmu serta mempunyai manaqib dan mauqif yang baik berhubung isu-isu semasa umat Islam.

 

“Pandangan beliau sentiasa menjadi rujukan dan panduan dalam mendepani permasalahan yang timbul samada dalam bidang keilmuan, mahupun isu semasa,” katanya.

 

Antara karya besar yang disunting oleh beliau adalah Siyar A’lam al-Nubala’ oleh Imam al-Zahabi (lebih kurang 30 jilid), Musnad Ahmad (50 jilid), Sahih Ibn Hibban (14 jilid) dan kitab yang dianggap sebagai kitab utama oleh Syeikh Syuaib, iaitu Musnad al-Imam Ahmad sebanyak 50 jilid.

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*