Dr Rani gesa pembangkang dengar jawapan Exco

SHAH ALAM- Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman menggesa pembangkang negeri Selangor agar tunggu dan dengar penjelasan dari Exco Selangor mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2017 yang akan diadakan esok di Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS).

“Sepatutnya pihak pembangkang mesti tunggu penggulungan perbahasan supaya mereka dapat dengar penjelasan dari kerajaan negeri.

 

“Saya harap esok pembangkang akan tunggu dan dengar dahulu jawapan dari para Exco sekiranya mereka ikhlas bekerja untuk rakyat,” katanya kepada MerahKuning di ruang DNS.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan isu Belanjawan Negeri Selangor yang ditolak oleh pihak pembangkang negeri itu.

 

“Jangan jadi seperti sebelum ini, mereka belum dengar penjelasan Exco tapi sudah keluar bising-bising dengan media. Itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya lagi.

 

Abdul Rani juga merujuk kepada belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali sebagai pelan belanjawan yang positif untuk rakyat kerana mengutamakan keperluan rakyat Selangor.

 

“Bagi saya bajet kali ini sangat positif… peruntukan kali ini menunjukkan kerajaan negeri memulangkan semula hasil negeri kepada penduduk-penduduknya,” katanya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*