‘Harap tiada lagi baldi dibaling dengan adanya Semenyih 2’ – YB Haslin

Adun Tanjung Sepat, Ir. Mohd Haslin Hassan memuji langkah kerajaan Negeri Selangor untuk membina Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 bagi mengatasi masalah air yang dijangka kritikal pada 2017.

Haslin dalam pada itu sempat menyindir peserta demonstrasi air yang berlaku di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang bertindak kurang matang dengan membaling baldi ke kawasan SUK.

 

“Alhamdulillah komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri dibuktikan dengan peruntukan kewangan yang sangat besar dengan membina 2 loji lawatan air di Sungai Semenyih dan Lawatan Dagang.

 

“Kita harapkan dengan pembinaan loji ini tidak akan ada lagi golongan atau kumpulan yang membaling baldi ke kawasan SUK Selangor,” katanya ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2017.

 

Semalam kumpulan Pemuda Umno yang diketuai oleh exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah melakukan demonstrasi bagi menyatakan bantahan terhadap penutupan LRA Semenyih akibat pencemaran.

 

Kumpulan kira-kira 200 orang itu bertindak ganas dengan menggegar pintu pagar bangunan SUK serta membuat bisang dan membaling baldi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*