RM100 juta perluas Skim Smart-Sewa

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan RM100 juta bagi memperluas Skim Smart-Sewa bagi tahun 2017 bagi membantu golongan berpendapatan sederhana.

 

Skim Smart-Sewa memberi peluang kepada peserta untuk menyewa dengan kerajaan negeri sebelum mereka mampu membeli rumah di Selangor.

 

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata peruntukan tersebut dijangka dapat membeli 800 ke 1000 unit rumah untuk disewa.

 

“Tempoh sewa minimum adalah dua tahun dan maksimum 5 tahun.

 

“Menerusi program ini, penyewa akan mendapat balik 30 peratus jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan.

 

“Pengembalian 30 peratus sewa boleh dijadikan wang pendahuluan untuk membeli Rumah Selangorku,” katanya menjawab soalan mulut adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan di Sidang Dun Negeri Selangor semalam.

 

Sehingga kini 134 unit kediaman dibangunkan di lokasi strategik untuk dijadikan rumah sewa kepada pemohon yang layak iaitu Alam Impian, Setia Alam, Bandar Parkland dan Jalan Kapar Meru.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*