Himpunan LASAK 1311 platform rakyat suarakan hasrat kepada pemimpin negara

SHAH ALAM – Penganjuran Program Ledakan Suara Rakyat (LASAK)oleh PAS Selangor pada 13 November depan adalah satu keperluan untuk menyediakan platform bagi penduduk Selangor menyampaikan mesej kepada wakil rakyat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, program itu diadakan selepas pembentangan Belanjawan 2017 oleh kerajaan pusat dan negeri bagi mendapatkan respon rakyat.

 

“Selain itu kita lihat terdapat perkembangan baru diantaranya adalah kerajaan persekutuan menarik balik subsidi minyak masak dan harga gas memasak juga kemungkinan dinaikkan.

 

“Sudah tentu semua ada perkara baru yang mkemberi impak kepada rakyat. Sekarang ini kita nak dengar daripada rakyat tentang semua ini.

 

“Ini adalah peluang bagi pemimpin rakyat untuk mendengar rintihan dan bertindak. Kita akan cuba perjuangkan isu ini sebagai kerajaan di Selangor dan membawa segala isu yang dibangkitkan rakyat ke parlimen,” katanya ketika ditemu Merah Kuning di Himpunan Perdana dan Anugerah JMB/MC Pangsapuri Selangor di Dewan Raja Muda Musa.

 

Tambah Iskandar program tersebut adalah terbuka kepada semua tidak mengira latar belakang termasuklah parti-parti politik lain.

 

“Saya menggesa kepada semua rakyat juga pemimpin politik untuk hadir dan mendengar ucapan daripada NGO dan wakil-wakil yang terpilih,”katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*