Perangkap nyamuk mesra alam kurangkan kes denggi di Pangsapuri Idaman

DAMANSARA – Penggunaan perangkap nyamuk mesra alam oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Idaman DI Damansara Damai berjaya mengurangkan kadar kes denggi di kejiranan itu.

 

Lebih mengagumkan perangkap nyamuk itu hanya dibuat menggunakan alatan ringkas pada haga di bawah RM10 dan boleh digunakan secara berterusan.

 

Menurut Bendaharinya, Mohd Fuat Jahari, perangkap tersebut mampu menghasilkan bau seperti tubuh manusia dan menarik nyamuk aedes untuk bersarang.

 

“Air akan dimasukkan ke dalam bekas sehingga paras batang paip yang menjadi laluan untuk nyamuk masuk.

 

“Air ini akan dicampurkan dengan hampas padi yang mengandungi yis dan menghasilkan bau seperti tubuh manusia.

 

“Akibatnya nyamuk ini akan memakan hampas ini sehingga mati akibat organnya tidak mampu menerima bahan-bahan ini,” katanya kepada Merah Kuning di Himpunan Perdana Anugerah JMB di Dewan Raja Muda Musa hari ini.

 

Penggunaan perangkap ini berjaya menurunkan kes denggi di kawasan berkenaan kepada 38 kes tahun ini berbanding 68 kes tahun lepas.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*