LASAK 1311 diterjemah daripada Budaya Politik Matang dan Sejahtera

SHAH ALAM – Ledakan Suara Rakyat (LASAK) yang bakal dianjurkan PAS pada 13 November depan adalah terjemahan daripada “Budaya Politik Matang dan Sejahtera”.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Mohd Prasad bin Hanif berkata politik yang matang bertindak untuk mencari penyelesai segala masalah rakyat dan tidak hanya mengkritik secara berterusan tanpa memberi sebarang penyelesaian.

 

“Kita akan berhimpun pada 13 November depan bertempat di Padang Umum, Taman Medan dari jam 8.00 pagi sehingga 1 tengahari.

 

“LASAK 1311 adalah forum bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan masalah dan cadangan kepada Adun dan ahli parlimen.

 

“Segala maklumat inilah akan dibawa ke Dun dan parlimen untuk diperjuangkan oleh wakil PAS,”katanya ketika dihubungi Merah Kuning hari ini.

 

Tambah Mohd Prasad, pelbagai isu seperti perumahan, pertanian dan nelayan, mahasiswa dan anak muda, peniaga, pesara polis dan tentera, penggiat seni dan banyak lagi akan dibincangkan.

 

“Himpunan ini juga diharapkan akan merapatkan hubungan rakyat dan wakil rakyat di Selangor,” tambah Mohd Prasad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*