Pas tak sertai Konvensyen Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR- Pas tidak akan menyertai konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang akan diadakan pada sabtu ini kerana melibatkan Dap. 
 
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata parti Islam itu tidak terlibat dalam konvensyen PH walaupun diberi surat jemputan. 
 
“Itu hak mereka (menjemput Pas), tetapi pihak parti tidak akan menyertai himpunan konvensyen Pakatan Harapan itu nanti.
 
“Sebab Pas bukan sebahagian daripada mereka (PH),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen.
 
Ahli Parlimen Temerloh itu turut mengulangi keputusan Pas untuk bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun tidak bergabung bersama di dalam PH.
 
Ketika ditanya adakah ketidakhadiran Pas dalam konvensyen Sabtu ini disebabkan Dap yang berada dalam PH, Nasrudin menjawab ringkas “Ya.”
 
Dalam perkembangan sama, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata selain parti komponen PH yang terlibat, konvensyen tersebut akan turut disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). 
 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*