Sidang negeri kecoh, Adun guna perkataan ‘bodoh’, ‘bangang’

SHAH ALAM- Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) kecoh seketika apabila Adun Dap Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim bertegang mulut dengan beberapa Adun BN. 

Kekecohan bermula apabila Teng menggunakan perkataan bodoh beberapa kali terhadap sebilangan Adun BN ketika mempertahankan parti Dap dari tuduhan menyebabkan rusuhan 13 May 1969 oleh Adun Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak.

 
Sebelum itu, Sulaiman bangkit bagi membalas kenyataan Kota Anggerik, Dr Yaakon Sapari yang mengaitkan Umno dengan fenomena politik kebencian pada masa kini. 
 
“Apakah cetusan tragedi 13 May yang diasaskan Dap itu satu contoh perkauman sempit oleh Dap? katanya dalam soalan tambahan kepada Exco.
 
Teng kemudiannya berdiri untuk membangkitkan peraturan tetap DUN 36 (6) yang memaktubkan seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain.
 
“Tak faham ke peraturan tetap 36.6? Bodoh, Bodoh, Bodoh!” katanya sambil menunding jari kepada sebilangan Adun pembangkang Selangor.
 
Kata-kata itu telah mengudang kemarahan Adun kawasan Permatang yang bingkas membalas perkataan Teng dengan perkataan ‘bangang’.
 
“Jangan biadap, kau lagi bangang, bodoh, tak ada otak” ujarnya kepada Teng sambil menghempas majalah yang dihiasi gambar Adun Dap itu ke lantai.
 
Turut bangkit menyertai Permatang adalah Adun Batang Kali, Dengkil dan Sungai Burung yang turut menggunakan perkataan bodoh kepada Teng. 
 
Perkara itu menyebabkan Speaker DNS, Hannah Yeoh terpaksa meminta Teng untuk duduk sementara beliau bertenang seketika.
 
kekecohan yang berlanjutan lebih kurang 10-minit itu berakhir dengan kedua-dua pihak menarik balik perkataan masing-masing sebelum sidang DNS diteruskan semula. 
 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*