Exco PAS turun padang ke Kuala Selangor

Adun-Adun PAS negeri Selangor termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad merangkap Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan, dan Kehidupan Bandar turut serta dalam program Turun Padang Menteri Besar ke Kuala Selangor, hari ini.

Program dimulakan dengan sarapan pagi di Warung Wak Minan, Simpang 4, Kg Asam Jawa sebelum menuju terus ke Kg Baru Pasir Penambang.

 

Tujuan program diadakan di sini adalah bagi penyerahan Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepada 33 warga kampung tersebut.

 

Turut serta adalah Adun Sijangkang, Dato’ Yunus Hairi dan Adun Taman Templar, Zaidy Abdul Talib. 

 

Rombongan juga turut melawat tapak ban di Bagan Pasir dan seterusnya mendirikan solat Jumaat dan kenduri rakyat di Kampung Hj Razali.

 

Selain itu, rombongan juga mengadakan ziarah ke atas dua orang bekas tentera dan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang berjumlah RM10,000.

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*