Sultan Selangor berkenan undang MB Kelantan solat Jumaat

SHAH ALAM- DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk mengundang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob untuk bersama-sama menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Negeri Selangor, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Sebelum ini, Tuanku juga pernah mencemar duli bagi menziarahi Ahmad Yakob di kediaman rasminya di Kota Bharu selepas Menteri Besar Kelantan itu menjalani pembedahan kepala akibat pendarahan kecil pada Mei lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*