Hadir Bersih 5: Keputusan di tangan Jawatankuasa Disiplin

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti jika mahu mengambil tindakan terhadap beberapa wakil rakyat PAS yang hadir ke perhimpunan Bersih 5.0, pada Sabtu.

Beliau yang juga Adun Rhu Rendang bagaimanapun berkata jawatankuasa tersebut hanya akan mempertimbangkan untuk megambil tindakan sekiranya menerima aduan. 

 

“Terpulang kepada disiplin parti, sekiranya ada pengaduan. 

 

Kita tidak boleh bertindak kalau tiada pengaduan,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri persidangan DUN di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

 

Beberapa wakil rakyat PAS dilihat telah menghadiri Bersih 5 walaupun telah diarahkan oleh parti untuk tidak terlibat dalam perhimpunan 19 November lalu. 

 
Menurut laporan, sebanyak tiga Ahli Parlimen dan tiga Adun PAS telah menghadiri perhimpunan Bersih atas kapasiti peribadi. 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*