“Adengan babak drama swasta di Dewan Rakyat”

Viral di alam maya rakaman perjalanan sesi soal jawab di Dewan Rakyat yang melibatkan seorang Timbalan Menteri dari kawasan tempat J.W Birch dibunuh.

Lawannya dari Pokok Sena, Shah Alam, Sepang, Kuala Krai, Seputeh dan Ipoh Barat. Petaling Jaya Utara pun nampak turut bangun.

Soalan yang ditanya Pokok Sena bagi saya biasa-biasa saja yang menyentuh berkaitan industri beras negara. Jawapan Timbalan Menteri pun tak ada apa-apa yang menarik pada perhatian saya. Tapi mungkin kerana dia asal dari Pasir Salak, maka darah Datuk Maharaja Lela mengalir dalam tubuhnya!

 

Provokasinya kepada Himpunan Bersih mengundang panas telinga dan panas hati beberapa Ahli Parlimen terutamanya ‘sipencuri kerusi’ dari Shah Alam.

 

Maka jadilah mereka umpama budak-budak bergaduh di dalam Dewan Rakyat yang mulia. Seorang kata, “Apa you ingat Kuala Lumpur ni mak bapak kau punya??” Seorang lagi kata, “Apa you ingat negara ni mak bapak kau punya!!”

 

Seorang kata sial!!! Menteri sial!! Menteri sial!! Seorang lagi kata, kurang ajar!! Sial!!! Kurang ajar!!! Sial!!! Kurang ajar!!! Sial!!! Kurang ajar!!!

 

MP wanita DAP disindir dengan perkataan ‘cock’. Ada pula adegan Timbalan Menteri ajuk suara wanita. Speaker Dewan kelihatan hilang wibawa dan tak dihormati sehingga MP yang pakai tali leher oren dari Shah Alam boleh kata, “Tuan Speaker!! I request you!!”

 

Adegan babak drama swasta berkualiti jalanan di Dewan rakyat ini tak membawa apa-apa makna kepada rakyat. Kalau ada pelajar-pelajar sekolah rendah yang sedang membuat lawatan ke Parlimen, mereka akan pening, bingung dan keliru dengan perangai ayah dan datuk mereka yang bergelar YB ini. 

 

Kata mereka yang berkenaan, kita nak menuju ke arah parlimen kelas dunia! Saya setuju! Kalau dikira kecanggihan dan kemudahan yang ada, memang kita kelas dunia. Tapi saya sangat kuatir dengan mentaliti sebahagian dari mereka yang diundi untuk duduk di kerusi parlimen. 

 

Sial!! Kurang ajar!! Lembu!! Mak bapak kau!! serta pelbagai lagi kalimah yang dihamburkan sedikit pun tak ada agenda rakyat. Rakyat dengar pun nak muntah.

 

Zaman P. Ramlee dulu, dia dah buat dialog dalam filem Do Re Mi, “Ini kepala bapak aku! Itu kepala bapak kau! Kalau kau berani kau pijak!!!”

 

Kalau saya letakkan diri saya sebagai orang tak berparti yang mengikuti sidang parlimen, saya akan bagi kualiti 5 bintang kepada cara, adab, akhlak serta kualiti perbahasan YB Ahli Parlimen Marang. Beliau membentangkan kepada Dewan yang mulia intipati perbahasan dengan penuh tertib, tegas, jelas dan berprinsip.

 

Siapa pun yang bangun nak tanya atau minta penjelasan, YB Marang akan duduk untuk bagi laluan. Diikuti dengan penjelasan yang mantap bersandarkan dalil Quran dan Hadis. Tiada provokasi dan sindiran sehingga saya menilai YB Marang ini dihormati kawan dan lawan. Yang bangun nak bertanya atau minta penjelasan, mereka bertanya dengan penuh tertib, gambaran rasa hormat Ahli Parlimen lain kepada pemimpin tertinggi PAS ini.

 

Hanya mereka yang buta, tuli dan pekak sahaja menafikan peranan besar dimainkan oleh YB Marang dalam sidang parlimen.

 

Dr Azman Ibrahim
22 November 2016

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*