Umat Islam Malaysia tidak lupa saudara seakidah

KUALA LUMPUR: Umat Islam dari seluruh tanah air membanjiri pekarangan Masjid Negara untuk bersama-sama menyertai Himpunan Solidariti Ummah, di sini, hari ini.
 
Sungguhpun himpunan di pekarangan Masjid Negara itu mengangkat isu ummah yang melibatkan isu-isu Rohingya, Syria dan Gaza, namun kebanyakkan yang hadir turut membawa plakad menyatakan solidariti kepada umat Islam Rohingya dan menyelar kerajaan Myanmar.
 
Perhimpunan turut mendengar ucapan dari pelbagai pihak yang turut memberi keutamaan tentang isu penindasan terhadap etnik Rohingya yang masih dizalimi di daerah Rakhine dan Arakan, Myanmar. 
 
Sepanjang program berlangsung laungan semangat sentiasa berkumandang apabila hadiran bersama-sama melaungkan slogan ‘Hidup, hidup, hidup Islam, bangkit, bangkit, bangkit ummah’ bergema di dataran Masjid Negara.
 
Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad mengulangi pendiriannya yang menggesa satu pertubuhan tentera pengaman negara-negara Islam diwujudkan bagi melindungi umat Islam yang tertindas.
 
“Negara-negara Islam perlu menghantar tentera laut mereka ke perairan Myanmar dan membuat campurtangan tentera bagi mewujudkan zon-zon selamat di Arakan. 
 
“Kita tidak boleh hanya sekadar berdemonstrasi dan menghantar memorandum sahaja,” katanya.

 
“Kita menuntut kerajaan Malaysia menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Myanmar,” ujar Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika berucap kepada hadirin.
 
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam ucapannya mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga dikenali sebagai United Nation (UN) kerana gagal bertindak sedangkan kekejaman tentera Myanmar amat jelas melanggar hak asasi manusia.
 
“Isu berlaku adalah keganasan dunia sebenar, tetapi UN menutup mata.
 
“Kita menuntut United Nation supaya ambil tindakan keras terhadap kerajaan Myanmar. Kita tak mahu Rohingya menjadi seperti Bosnia,” katanya.
 
Beliau juga menggesa kerajaan Persekutuan memutusakan hubungan diplomatik dengan Myanmar.
 
Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, pihaknya akan mengadakan Satu rombongan khas ke Arakan, yang akan dilancarkan pada bulan Januari 2017.
 
“Kita harus tunjukkan umat Islam bukan setakat membaca Al-Quran dan hanya duduk diam sahaja,” tegas beliau.
 
Kedutaan Myanmar semalam dilihat sebagai biadap apabila sekadar menghantar wakil pengawal keselamatan mereka bagi menerima beberapa memorandum yang dihantar oleh pelbagai NGO Islam Malaysia. 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*