Kerajaan negeri tawar PPR Serendah untuk mangsa tanah runtuh

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan penempatan sementara untuk mangsa-mangsa tanah runtuh Serendah di PPR Serendah secara percuma.

 

Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri memerlukan sedikit masa untuk memastikan unit-unit PPR itu sesuai didiami.

 

Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) akan menguruskan penempatan tersebut.

 

PPR tersebut adalah di bawah pengurusan PHSSB.

 

YB Dato’ Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
28 November 2016

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*