MCA mahu jadi ular atau belut?

Presidennya Liow Tiong Lai dipetik sebagai berkata bahawa MCA tidak menentang sebarang enakmen berkaitan Islam.

Cuma RUU 355 ini kata beliau ditentang kerana ianya bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

 

Bermakna samalah sebenarnya pendirian MCA dan DAP dalam bersungguh mahu menolak RUU 355 ini , konon-kononnya kerana ia tidak selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

 

Sedangkan berkali-kali telah ditegaskan bahawa RUU 355 ini telah melalui pelbagai tingkat dan proses demokrasi dan perundangan untuk sampai sehingga menjadi notis sebagaimana dibentang wakil Marang.

 

Wakil Marang malah pernah dicabar di Mahkamah kerana mahu membawa RUU 355 ini dan mahkamah telah menolak cabaran itu.

 

Lalu apa lagi?

 

Tidakkah pertentangan ini sebenarnya kerana ia dibawa PAS?

 

PAS berjuang mahu tegak cara hidup Islam lantas apa sahaja berkenaan dan berkaitan PAS wajib ditentang, kerana apa?

 

Kerana benci pada PAS yang mahu bawa Islam. Lantas walaupun RUU 355 ini melibatkan urusan Mahkamah Syariah yang hanya berkaitan orang Islam tetapi kerana ianya dibawa PAS maka MCA, DAP dan segala parti bukan Islam terpaksa menentangnya.

 

Tidakkah itu “bigotry” Bigot bermakna taksub dengan pandangan sendiri sehingga tidak dapat terima dan menentang apa sahaja yang berbeza dengannya.

 

Tidakkah ini meletakkan mereka sama dengan AHOK di Jakarta?

 

Mereka tiada toleran dan anasir yang menakutkan orang-ramai dengan Islam walaupun mereka minoriti dan Islam itu agama rakyat yang majoriti.

 

Kesimpulannya akuilah bahawa RUU 355 ini sebenarnya saru usaha pemerkasaan amalan Islam buat penganutnya di Malaysia.

 

Jika kita seorang demokrat kita raikan hak orang Islam yang dijamin Perlembagaan Persekuruan tetapi jika kita bigot dan pelampau maka bangkit dan tentanglah.

 

Ia sesungguhnya menentang dan menolak Islam.

 

Tidak perlu berdolak-dalik, biar berani berterus terang

 

Maka jadilah MCA, DAP dan lain-lain setaraf dengan AHOK di Jakarta!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*