Anifah akan jumpa Suu Kyi bincang isu Rohingya

SHAH ALAM- Menteri Luar Dato’ Seri Anifah Aman akan mengadakan pertemuan dengan Kaunselor Myanmar Aung San Suu Kyi berkenaan penghapusan etnik Rohingya yang didakwa berlaku di Rakhine, Myanmar.

Agensi Bernama melaporkan pertemuan itu akan diadakan secepat mungkin dan Malaysia akan mendesak kerajaan Myanmar mengambil tindakan segera bagi menangani isu yang mendapat perhatian antarabangsa itu.

 

“Malaysia menggesa semua pihak terbabit dalam keganasan terbaru itu mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan,” menurut satu kenyataan kementerian Luar sebelum ini.

 

Jumaat lalu, beberapa pertubuhan NGO tanah air termasuk 1000 peserta telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Myanmar bagi menghantar memorandum dan membantah kekejaman tentera Myanmar terhadap etnik minoriti Rohingya di daerah Rakhine dan Arakan.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*