Pengguna Iphone kurang jujur berbanding pengguna Android

Adakah anda pengguna Iphone?

 
Sekiranya ya, anda mungkin tidak bersetuju dengan satu hasil kajian yang mengatakan tahap honesty-humilty (kejujuran-rendah diri) pengguna Iphone adalah lebih rendah berbanding pengguna Android.
 
Menurut kajian tersebut, tahap honesty-humilty itu mengukur personaliti seseorang melalui sifat jujur, ikhlas, kesetiaan dan kesopanan mereka.  
Kajian itu dijalankan oleh Universiti Lincoln, Universiti Lancaster, dan University of Hertfordshire terhadap 500 peserta yang menjawab pelbagai soalan tentang diri dan sikap mereka terhadap telefon pintar kepunyaan masing-masing.
 
Antara keputusan lain, para pengkaji mendapati pengguna Iphone lebih cenderung melihat telefon pintar mereka sebagai simbol status berbanding pengguna Andorid yang lebih beremosi dan lebih ekspresif.
 
Penggemar Android juga dikatakan kurang berminat dengan kekayaan dan status sosial mereka tetapi lebih jujur dan mudah disenangi. 
 
Berdasarkan hasil kajian tersebut, para pengkaji mereka satu program komputer yang mampu meramal jenis telefon pintar seseorang. Program itu dikatakan berjaya mendapat 70% tekaan tepat. 
 
 
Sumber: indy100 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*