PAS, PKR, IKATAN dan Bersatu gabungan terbaik hadapi PRU ke-14?

Ceramah Mega Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor berlangsung di Tapak Pasar Malam Paya Jaras semalam mendapat sambutan memberangsangkan ribuan rakyat Selangor.

Walaupun diancam dengan kewujudan PAN yang terus menerus melaungkan untuk bertanding di kerusi PAS, namun sokongan rakyat dilihat semakin kukuh.

 

Ceramah yang pertama kali menampilkan gabungan parti politik daripada PAS, PKR, Bersatu dan Ikatan ternyata dilihat gabungan yang mampan untuk menghadapi Umno dan Barisan Nasional apa lagi gabungan PAN dan DAP.

 

 

Tinjaun di laman Facebook rasmi PAS Selangor pula menampakkan reaksi positif daripada kebanyakan komentar pengguna media sosial. Malah ramai mencadangkan agar cabungan ini dikekalkan untuk menghadapi PRU ke-14 pada bila-bila dan meninggalkan PAN dan DAP.

 

Sementara itu Timbalan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir menegaskan, hubungan PAS dan PKR massih berjalan baik dan gabungan itu mampu bersama menghadapi PRU ke-14.

 

“Masih ada pimpinan PKR yang menghargai dan mahu memelihara hubungan dengan PAS. Antara mereka termasuklah YB Tian Chua dan YB Dr Xavier Jayakumar selain ramai yang lain.

“Dap dan Pan senak perut apabila PAS Selangor mempromosikan ceramah meganya bersama pimpinan PKR dan Bersatu di Paya Jaras malam ini.

 

PAS masih ada hubungan politik dengan PKR dan ini bukan kali pertama program bersama dianjurkan mengapa pula Dap dan Pan melompat dan terganggu?” katanya dalam satu tulisan di laman facebook Roslan SMS.

 

Sementara itu Naib Presiden PKR, Tian Chua menegaskan PKR dan PAS masih mempunyai hubungan dan tidak terlibat dengan apa yang berlaku dengan PAN dan DAP.

 

Kehadiran Bersatu yang diwakili Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam juga dilihat sebagai satu petanda yang jelas bahawa PAS sentiasa tegas dan istiqamah dalam melawan Umno-BN. PAS bersedia bekerjasama dengan pihak yang mahu bersama-sama mengambil alih tampuk pemerintahan negara demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

 

Roslan dalam tulisan menegaskan hubungan PAS dan Bersatu mampu direalisasikan walaupun buat kali pertama mereka duduk sepentas.

 

“Bagi Bersatu pula walau PAS masih belum ada hubungan formal dengan mereka tetapi kedua parti melihat punya persamaan dan tiada bermasalah mengiktiraf perjuangan masing-masing,” tegas Roslan.

 

Sekiranya gabungan mantap ini berjaya direalisasikan, apakah masih releven PAN dan DAP? Pastinya mereka senak perut melihat sambutan rakyat terhadap gabungan baru.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*