Selangor Humanitarian Fund gesa Malaysia tarik pelaburan di Myanmar

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor melalui Selangor Humanitarian Fund dan Gabungan NGO Islam Malaysia mendesak kerajaan Malaysia agar mempertimbangkan menarik keluar pelaburan sekiranya situasi pembunuhan kaum tidak pulih.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Bin Hairi dalam satu kenyataan di lobi Dewan Negeri Selangor semalam menggesa kerajaan Malaysia mempertimbangkan menarik keluar pelaburan atau membekukan pelabiran di Malaysia atau memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Myanmar.

 

 

“Penghapusan kumpulan minoriti atas alasan bahawa mereka bukan rakyat Myanmar sama sekali tidak noleh diterima.

 

“Sudah ada bukti kukuh oleh United Nation (UN) bahawa genocide benar-benar sedang berlaku di Myanmar,” tambah beliau.

 

Sidang Media semalam diadakan bagi mengumumkan penganjuran program “Himpunan Peduli Ummah: Pray 4 Rohingya” pada 23 Disember 2016 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

 

Program yang akan bermula pukul 6 petang itu turut menghimpunkan tokoh-tokoh penting negara antaranya Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan Tan Sri Syed Hamid Albar selaku Wakil Khas OIC ke Myanmar.

 

Tambah Ahmad Yunus yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, program tersebut turut disertai oleh selebriti dan artis tanah air serta mendapat dokongan lebih 17 buah pertubuhan bukan kerajaan.

 

“Pada masa yang sama, satu misi bantuan “Food Flotila For Myanmar” melalui jalan laut sedang dirancang bersama komuniti NGO antarabangsa yang akan dilaksanakan pada bulan Januari,” tambah beliau.

 

Ahmad Yunus turut menyeru orang ramai menyalurkan sumbangan dan tajaan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 12038010119069 atas nama Selangor Humanitarian Fund.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*