PAS Selangor boleh berprogram bersama PKR, PPBM

SHAH ALAM- Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata PAS Selangor tidak ada masalah untuk mengadakan program bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Iskandar berkata kerjasama PAS dan PKR adalah jelas berikutan penglibatan PAS dalam kerajaan negeri manakala kerjasama dengan PPBM telahpun bermula apabila kedua parti itu terlibat dalam beberapa program bersama di sekitar Selangor.
 
“Setakat ini dua program ceramah umum PAS di Selangor telah diadakan dengan penceramah-penceramah dari PKR Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Menurutnya, program PAS bersama PPBM di Selangor berada di peringkat permulaan berbanding PAS Kelantan dan Terengganu yang telah lebih dahulu menjemput pemimpin PPBM ke program mereka.
 
Iskandar merujuk program PAS bahagian Paya Jaras pada 5 Disember lalu yang turut mengundang Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyampaikan ceramah kepada penduduk setempat. 
 
“Ceramah pada 5 Disember itu merupakan ceramah mega yang menarik sambutan luarbiasa dan merupakan satu isyarat kepada penerimaan rakyat terhadap gandingan 3 parti itu.
 
“Ceramah itu juga membuka mata rakyat kepada kemungkinan-kemungkinan di dalam perkembangan politik tanah air,” katanya lagi. 
 
Dalam perkembangan sama, Iskandar turut menegaskan pendirian rasmi parti itu yang tidak akan bekerjasama dengan Dap dan PAN.
 
“Walaubagaimanapun PAS masih bertegas untuk tidak bersama di atas pentas politik bersama DAP atau PAN kerana PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan mereka,” katanya. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*