Exco PAS Selangor jawab kenyataan Saifuddin

SHAH ALAM- Exco PAS Selangor menafikan desas-desus mengatakan tiga ahli exco parti itu bakal meletakkan jawatan hujung tahun ini seperti dakwaan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
 
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad mengulangi kenyataan rakan exco beliau, Dato’ Dr Yunus Hairi menafikan perkara berkenaan.
 
“Ada spekulasi bahawa PAS akan keluar dari kerajaan negeri Selangor akibat kenyataan seorang pemimpin politik. 
 
Iskandar yang juga merupakan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Selangor berkata Exco PAS melafaz sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan bukannya Saifuddin.
 
“Seingat saya, kami exco PAS mengangkat sumpah di hadapan Tuanku Sultan bukan di hadapan pemimpin politik itu. 
 
“Janganlah perasan,” katanya melalui laman Facebook.
 
Sebelum ini, Antarapos melaporkan Yunus menafikan exco PAS akan meletakkan jawatan kerana kerajasama PAS Selangor dengan kerajaan negeri masih utuh.  
 
“Secara peribadi saya tidak dengar lagi (mengenai exco PAS Selangor akan letak jawatan), di peringkat PAS negeri pun kita tidak pernah bincangkan sebab kita memegang konsep kerjasama dengan PKR masih lagi utuh. 
 
Beliau turut memegang jawatan Exco dalam Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi berkata selain manday yang diberi rakyat, pendirian Menteri Besar, Dato’ Seri Azmin Ali masih lagi ingin mentadbir kerajaan negeri bersama parti itu. 
 
“Kalau di peringkat PAS Pusat masih bertegas dengan PKR, pentadbiran negeri kita masih bersama atas dasar mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU13 dan pendirian Menteri Besar sendiri yang sama masih lagi mahu mentadbir kerajaan negeri bersama dengan PAS,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
PAS Selangor diwakili tiga exco di dalam kerajaan negeri iaitu, Iskandar, Yunus dan Zaidy Abdul Talib yang memegang jawatan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*