Syarikat coklat Daim, Toblerone jawab isu halal produk mereka

SHAH ALAM- Pengeluar coklat jenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, berkata bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk coklat mereka adalah sesuai dan selamat dimakan orang Islam.
 
Isu halal kedua-dua coklat itu mula viral sejak Jumaat lepas berikutan Jakim mengesahkan kedua-dua jenama coklat popular itu bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak memperoleh sijil Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara.
 
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga mengeluarkan penjelasan bahawa produk makanan yang bukan pemegang sijil Halal tidak boleh dianggap tidak halal atau haram,” kata syarikat itu.
 
Syarikat itu turut menyatakan akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan produk mereka termasuk Jakim bagi memastikan ianya memenuhi keperluan pembeli di Malaysia.
 
Pengguna dinasihatkan merujuk kepada maklumat pemakanan serta bahan-bahan untuk menghasilkan coklat Toblerone dan Daim seperti yang tertera pada pek bungkusan berkenaan.
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*