Mangsa nekad langgar perompak

PARIT BUNTAR – Empat suspek rompakan dicekup polis setelah motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta mangsa yang nekad mengejar suspek ketika melarikan diri di Taman Murni, di sini pagi tadi.
 
Kejadian berlaku lebih kurang jam 10.15 pagi apabila sekumpulan sahabat didatangi empat perompak bersenjatakan parang turut menetak seorang mangsa dan mengarahkan mangsa lain menyerahkan barang berharga.
Terkejut dengan insiden itu, mangsa dan rakannya mengerjar perompak dengan kereta dan sehingga melanggar motosikal suspek.
Menurut mangsa kejadian, Mohamed Maziz Mohamed Mokhtar, 25, beliau bersama isterinya dan tiga rakan lain hendak keluar untuk bersarapan pagi.
 
“Sewaktu kejadian, saya berada dalam kereta, isteri pula sedang buang sampah luar perkarangan rumah sebelum diacukan parang di leher oleh seorang suspek yang bermotosikal.
 
”Tindakan suspek muncul tanpa disedari mengejutkan kami dan suspek bersama tiga lagi rakannya kemudian mengarahkan kami menyerahkan segala barangan berharga,” katanya sewaktu ditemui pemberita di perkarangan Balai Polis Simpang Lima. 
 
Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar dilaporkan telah mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan sedang dijalankan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*