PAN tidak amanah, mahu curi kerusi PKR

KUALA LUMPUR- Hasrat Parti Amanah Negara (PAN) yang ingin bertanding di kerusi pilihanraya milik PAS dan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang membuktikan parti itu tidak mempunyai sifat amanah.
 
Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata PAN telah menunjukkan sikap sebenar mereka apabila menyatakan keinginan ‘mencuri’ kerusi pilihanraya di kawasan PAS termasuk PKR yang bekerjasama dengan mereka dalam Pakatan Harapan (PH). 
 
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor memberi respon terhadap kenyataan Ketua Penerangan PAN, Khalid Samad yang berkata parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14.
 
“Ini menunjukkan sikap PAN sebab mereka bersama dengan PKR dalam Pakatan Harapan, tetapi kini mereka ingin mencuri kerusi PKR.
 
“Kenyataan yang berhormat (khalid Samad) itu telah membuktikan apa yang kami katakan kepada PAN sebelum ini adalah benar, sebab itu kami panggil mereka PAN dan bukannya Amanah,” katanya kepada sidang media di Ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*