Presiden Romania tolak calon PM wanita beragama Islam

BUCHAREST, ROMANIA- Presiden Romania Klaus Iohannis menolak cadangan melantik Sevil Shhaideh sebagai perdana menteri negara itu.
 
Sevil Shhaideh yang berasal dari komuniti minoriti Islam Tartar dipilih oleh Parti Demokrat Sosial (PSD) yang menang pilihan raya lalu untuk menjadi Perdana Menteri wanita Islam pertama negara itu. 
 
Bantahan Iohannis itu membantutkan hasrat parti berhaluan kiri itu untuk mempunyai seorang perdana menteri wanita yang beragama Islam pertama di kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU).
 
Agensi The Guardian melaporkan Iohannis tidak memberikan sebab keengganan mengiktiraf Sevil, namun terdapat spekulasi mengatakan ia berkaitan suami Sevil yang berwarga Syria yang didakwa menyokong kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad. 
 
Pemimpin parti PSD, Liviu Dragnea menolak cadangan Iohannis yang menuntut parti itu mencalonkan pemimpin lain dan akan mengambil tindakan undang-undang memaksa Presiden Romania itu meletakkan jawatan. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*