
SHAH ALAM – Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad menafikan laporan akhbar harian berbahasa Cina Sin Chew yang melaporkan PAS mempertimbangkan untuk bergabung dengan Umno selepas Pilihan Raya Umum (PRU14) akan datang.
Menurut Dato’ Iskandar beliau tidak pernah menyatakan perkara tersebut bahkan Majlis Syura Ulama pas telah memutuskan pada tahun 2015 untuk tidak bekerjasama dengan Umno.
“Saya telah menegaskan sekiranya PAS mahu bekerjasama dengan Umno, kita sudah lakukan sejak 2008 di Selangor.
“Bila saya cakap perkara ini (kerjasama parti politk) kita tunggu dan lihat selepas pilihan raya bukan bermaksud kerjasama dengan Umno, tetapi kerjasama dengan parti politik selain Umno,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.
Akhbar Harian Sin Chew hari ini memetik kenyataan Iskandar di sidang akhbar pelancaran kempen PAS Pilihanku di Pejabat Agung PAS Jalan Tun Razak semalam.
“Mungkin dia belum bangun tidur sepenuhnya kerana tidak sedar amalan ini telah dilaksanakan di negara bukan Islam seperti Jepun sejak Disember 2000 dan Mexico sejak 2008,” kata Dato’ Iskandar.
Leave a Reply