kritik anak KPN: Azmin kesal tindakan polis

SHAH ALAM- Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kesal apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta beliau memberikan keterangan berikutan tuntutan satu siasatan dilakukan terhadap anak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memperoleh lesen perniagaan senjata api.

“Kenyataan saya tadi (semalam) diambil berdasarkann satu ucapan saya yang meminta anak beliau (KPN) disiasat apabila dilaporkan mendapat lesen penjualan senjata api.

 
“Saya sekadar minta disiasat. Apakah sistem hari ini, perdana menteri dan ketua polis negara tidak boleh disiasat? Sedangkan saya tunjuk kepada pihak polis bahawa beliau (Khalid) sendiri mengakui anaknya memperoleh lesen perniagaan senjata api sebelum beliau menjadi ketua polis negara.
 
“Adakah itu satu kesalahan?” katanya kepada pemberita di luar IPD Shah Alam semalam.
 
Pada April lalu, Sarawak Report melaporkan anak Khalid, Juwiza, serta abang iparnya Mohd Isa Hussin, adalah pemilik Penilaian Arms & Ammunition (NAA).
 
Hasil pada itu, Khalid menjelaskan bahawa syarikat senjata api milik anak perempuannya memperoleh lesen perniagaan sebelum beliau menerajui pasukan polis.
 
Azmin dipanggil polis bagi memberikan keterangan susulan kenyataan mempersoalkan perolehan lesen perniagaan senjata api Juwiza dalam satu ceramah pada 3 Mac lalu.
 
Kes ini disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*