PM Israel disiasat, terima tekanan politik antarabangsa

JERUSALEM – Media antarabangsa melaporkan polis Israel telah mengambil keterangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana disyaki melanggar undang-undang apabila didakwa menerima hadiah daripada ahli perniagaan dari dalam dan luar negara.
 
Keterangan selama tiga jam dibuat di kediaman rasmi pemimpin itu diluluskan oleh Peguam Negara, Avichai Mandelblit yang membuat keputusan selepas siasatan menujukkan bukti sudah mencukupi bagi membuka siasatan jenayah terhadap Netanyahu. 
 
Netanyahu menafikan dakwaan beliau dan keluarganya menerima hadiah dari dua ahli perniagaan dengan menganggap ianya sebagai tuduhan yang tidak berasas.
 
“Semua skandal ini ternyata palsu temasuklah beberapa dakwaan lain yang disiarkan oleh media pada waktu ini,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
 
Menurut laporan Al Jazeera, pihak berkuasa Israel akan membuka satu lagi siasatan yang lebih serius terhadap Netanyahu minggu depan tanpa menyatakan maklumat lanjut.
 
Dalam perkembangan lain, Netanyahu turut merasai tekanan politik antarabangsa selepas resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengisytiharkan penempatan haram Israel di Tebing Barat adalah haram dari segi undang-undang antarabangsa.
 
Terdahulu, Malaysia, bersama tiga lagi negara, New Zealand, Senegal dan Venezuela bersetuju usaha campur tangan dan membentangkan draf resolusi menuntut Israel menghentikan penempatan haram mereka
 
18 anggota UNSC – termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom – mengundi memihak kepada resolusi itu manakala Amerika Syarikat (AS) yang memilih untuk tidak terlibat dalam undian tersebut bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan menyokong resolusi itu secara rasmi.
 
Pengundian UNSC itu menunujukkan perkembangan positif berkaitan survival rakyat Palestin disamping merupakan kisah kejayaan Malaysia dalam menangani isu kemanusiaan di negara bergolak itu. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*